Kata - kata ALUAN
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Sains Labuan
S |
etinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
memberi sepatah dua kata dalam buku cenderamata Hari Anugerah Cemerlang SMSL bagi
tahun 1999. Saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SMSL telah
berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang.
Kesudian Y.B Dato' Seri Mohamad Tajol
Rosli b. Tan Sri Mohd. Ghazali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk hadir
menyempurnakan Hari Anugerah Cemerlang SMSL dan Mesyuarat Agung PIBG SMSL kali
ke-IX menunjukkan keperihatinan dan kesungguhan kerajaan terhadap usaha ke arah
kecemerlangan pendidikan dan untuk itu PIBG ingin merakamkan ribuan terima
kasih.
"KECEMERLANGAN SBP PEMANGKIN KEGEMILANGAN ALAF BARU"
adalah tema yang sangat bertepatan dengan hasrat dan harapan pelajar, pendidik
dan ibu bapa di sekolah Berasrama penuh dalam menyongsong ke alaf baru. Hari
Anugerah Cemerlang adalah kayu pengukur kepada prestasi pencapaian pelajar.
Bagi pelajar yang berjaya meraih Anugerah Cemerlang, pihak PIBG ingin
mengucapkan syabas dan tahniah dan bagi pelajar yang belum berjaya jangan putus
asa kerana preskripsi kegagalan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha.
Akhir kalam, saya sekali lagi
mengucapkan syabas kepada seluruh warga pendidik dan pelajar yang telah bekerja
keras untuk memastikan kejayaan dan kelancaran Hari Anugerah Cemerlang. Para
ibu bapa pelajar dan PIBG yang telah menyumbang dan memberi sokongan secara
langsung mahu pun secara tidak langsung menjayakan Hari Anugerah Cemerlang
diucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Wassalam. Terima kasih daun keladi.
DR. SANSUL BAHRI BIN HJ AHMAD
Yang
Di Pertua,
Persatuan
Ibu Bapa Guru, SMSL.