Kata - kata Aluan
Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri
C |
abaran menghadapi alaf baru menuntut semua institusi pendidikan khususnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terus memainkan peranan penting dalam membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia. Untuk mencapai matlamat itu sewajarnyalah warga sekolah terus seiring mengikut perkembangan teknologi maklumat kerana dunia IT ini dipercayai akan meresolusikan kecemerlangan pendidikan negara.
Penggunaan
teknologi dalam pendidikan tidak dapat dipertikaikan lagi tambahan pula dengan
kewujudan Sekolah Bestari. Kita harus faham bahawa maklumat semata-mata tidak
akan memberi makna kepada seseorang tanpa pemerolehan ilmu. Jadi maklumat yang
diperolehi perlu dipergunakan sepenuhnya untuk kecemerlangan dalam pendidikan.
Pelajar perlu mengutamakan maklumat yang bercirikan pendidikan daripada hal-hal
lain yang boleh merosakkan pemikiran dan merugikan agama, bangsa dan negara.
Justeru
itu, adalah diharapkan semua warga sekolah khususnya warga Sekolah Menengah
Sains Labuan dapat memanfaatkan sepenuhnya ledakan teknologi maklumat bagi
mendokong kecemerlangan pendidikan bagi menempuh cabaran di alaf baru.
Di
samping itu, tema "Kecemerlangan SBP Pemangkin Kegemilangan Alaf Baru" juga perlu dihayati dengan
bersungguh-sungguh kerana tiada kecemerlangan boleh dicapai tanpa penghayatan
terhadap aspek disiplin. Tambahan pula SBP merupakan tempat pemimpin-pemimpin
utama negara dilahirkan.
Semoga
Hari Anugerah Cemerlang Kali ke-13 ini mampu meneruskan kecemerlangan yang
dicita-citakan.
Terima
kasih.
DATO' SERI MOHD. TAJOL ROSLI
GHAZALI Menteri Di Jabatan Perdana Menteri