Text Box:

Text Box:  Kata -kata Aluan
Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

 

M

 

 

 

atlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti  yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat ini tidak pernah berubah sejak mula dicanangkan, malah pendekatan dan metodologinya sering diperkemaskan supaya lebih mudah dicapai.

 

Cabaran utama dalam sistem pendidikan kita ialah menentukan kualiti pendidikan di semua peringkat terus dapat dipertingkatkan. Oleh itu, pemikiran-pemikiran yang strategik akan menyebabkan cabaran tersebut bertukar menjadi peluang iaitu untuk mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan. Dalam suasana yang semakin mencabar ini, semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) perlu melihat kembali tugas utama atau " core business " yang perlu dilaksanakan, iaitu mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Warga SBP perlu menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan beriltizam, menggunakan seluruh potensi bagi mencapai kecemerlangan pendidikan. Kita perlu keluar daripada " mindset " lama dan melihat perspektif baru dengan objektif dan pengharapan baru yang sesuai dengan cita-cita mencapai kecemerlangan pendidikan.

 

Saya berdoa agar semua SBP dapat terus berganding bahu dan melangkah sederap dalam mengharungi cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan. Semoga Allah s.w.t. akan sentiasa memberkati segala usaha yang kita lakukan.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Menteri Pendidikan Malaysia

1