Kata - kata Aluan
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Sabah
Assalamu'alaikum w.b.t dan Selamat
Sejahtera
B |
eryukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan Hari Anugerah Cemerlang kali ke- 13, Sekolah Menengah Sains Labuan. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berbicara sepatah dua kata dalam buku cenderamata sempena majlis yang gemilang ini.
Tahniah dan syabas kepada Sekolah
Menengah Sains Labuan kerana berjaya mengekalkan kecemerlangan akedemik dengan pencapaian 100% dalam peperiksaan
PMR dan SPM pada tahun 1998. Kejayaan
ini menunjukkan bahawa para pelajar dari Sabah adalah setanding dengan
pelajar-pelajar dari sekolah yang terkenal dengan kecemerlangannya.
Tinggal
beberapa hari lagi kita akan menempuh cabaran di alaf baru yang mana
kehadirannya banyak menuntut warga sekolah supaya lebih komited dan bersedia
dengan pelbagai ilmu dan kemahiran
terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Cabaran ini saharusnya
menjadi pendorong kepada semua warga pendidik maupun pelajar untuk terus
memartabatkan bidang pendidikan sejajar denga falsafah dan ilmu supaya bertaraf
dunia.
Saya yakin semua warga SMSL telah
menyiapkan diri dengan mempunyai sikap terbuka dan mandiri. Diharap juga para
pelajar dapat mengabungkan segala bentuk ilmu pengetahuan dan kemahairan yang
telah dipelajari demi memantapkan dan mengukuhkan rohani, intelek dan jasmani
para pelajar. Semoga segala usaha yang dibuat dan perjalanan majlis yang
gemilang ini akan diberkati Allah s.w.t.
Sekian , terima kasih.
DATUK SERI
PANGLIMA DR. HJ HASBULLAH B. HJ MOHD TAHA
Pengarah
Pendidikan Sabah