Sekolah ini mula dibuka dalam bulan Julai 1958 yang diberi nama Sekolah Pertukangan Desa (Rural Trade School). Seramai 63 orang pelajar yang tamat darjah enam sekolah rendah merupakan kumpulan pertama yang telah mendaftar di sekolah ini mengikuti Kursus Ketukangan selama tiga tahun.
Dalam tahun 1962, sekolah ini telah bertukar menjadi Sekolah Menengah Lanjutan Kampung untuk menerima pelajar-pelajar yang telah tamat darjah enam sekolah rendah. Pengajian berjalan selama tiga tahun dan pelajar-pelajar seterusnya menduduki Peperiksaan SRP/LCE.
Pada tahun 1968 sekali lagi perubahan berlaku iaitu dari Sekolan Menengah Lanjutan Kampung bertukar menjadi Sekolah Menengah Vokasional yang menerima pelajar-pelajar lepasan SRP/LCE daripada sekolah bantuan penuh kerajaan untuk belajar di Tingkatan Empat dan Lima. Pada akhir kursus, pelajar-pelajar dikehendaki menambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada tahun 1987, sistem dan
kurikulum baru diperkenalkan di mana pelajar tingkatan empat dinilai secara
berterusan untuk menentukan aliran mereka dalam tingkatan lima. Pelajar yang
baik dalam mata pelajaran akademik akan disalurkan ke aliran vokasional dan
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Pelajar-pelajar yang lemah
disalurkan ke aliran kemahiran dan mengambil Peperiksaan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) peringkat asas anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK). Berikutan dengan perubahan sistem ini guru-guru siswazah mula dimasukkan
ke sekolah ini untuk mengajar mata pelajaran akademik. Mulai sessi 1991/1992,
pelajar tingkatan empat diberi kebebasan untuk memilih sama ada mengikuti Aliran
Pendidikan Vokasional atau Aliran Latihan Kemahiran berdasarkan keputusan Sijil
Rendah Pelajaran yang diperolehi.
Berikutan dengan pengstrukturan semula
sekolah-sekolah vokasional seluruh negara pada tahun 1995, semua sekolah
vokasional telah distrukturkan kepada sekolah menengah teknik dalam tiga fasa.
Sekolah ini distrukturkan dalam fasa kedua dan telah dilaksanakan bermula 1
Januari 1997 dengan nama Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan
mengadakan tiga aliran kursus iaitu
1. Aliran Teknik
2. Aliran
Vokasional
3. Aliran Kemahiran
Pengambilan pertama aliran teknik ialah
seramai 160 orang pelajar yang mengikuti dua kursus iaitu
1. Pengajian
Kejuruteraan Awam (80 orang pelajar)
2. Pengajian Kejuruteraan Elektrik (80
orang pelajar)
Bilangan pelajar sekolah ini pada 30 Mac 1997 ialah 700
orang.
Dengan bermulanya aliran teknik, guru-guru siswazah teknikal (Jurutera) mula ditempatkan di sekolah ini untuk mengajar mata pelajaran kejuruteraan. Kini sekolah ini mempunyai seramai 84 orang guru termasuk 35 orang guru siswazah yang mengajar mata pelajaran akademik dan kejuruteraan. Bilangan kakitangan pejabat termasuk pekerja asrama ialah seramai 15 orang.
Untuk meningkatkan kemahiran, guru-guru teknikal telah dihantar untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisma perguruan di Institusi dalam negeri seperti di CIAST dan di luar negara seperti di Australia, Jepun, Korea, England, New Zealand dan India.
Senarai Nama Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Pengkalan
Chepa.
1958 - 1964 - En. Lim Teow Chong
1965 - 1967 - En. Nik Kadir b. Nik Taib
1968 - 1972 - En. Mokhtar b. Hj. Ahmad
1973 - 1979 - En. Mohd Zain b. Hussein
1980 - Julai 1995 - En. Abd. Razak b. Mohd Shariff A.M.N.
1995 - Sekarang - Tn. Hj. Othman b. Hj. Mamat