Nama : IBRAHIM B.
DEMAN
Tarikh lahir : 5. 1.1936
Tempat lahir : Raub,
Pahang.
Pendidikan
Pada tahun
1955 beliau memasuki Junior Technical Trade School, Penang. Pada thun 1962
beliau berkursus di Australia di bawah Perancangan Colombo Plan di tempat-tempat
berikut:
1. Collingwood Technical Teacher's College Melbourne
2. Toorak
Technical Teacher's College, Melbourne.
Disamping itu beliau telah menduduki dan lulus Peperiksaan Building
Construction Part II. Semasa bertugas di Sekolah Menengah Vokasional Pengkalan
Chepa sebagai guru penolong beliau telah menduduki dan lulus Sijil Pelajaran
Vokasional Malaysia (SPVM) dan seterusnya berkursus di Maktab Perguruan Teknik
di Kuala Lumpur dalam bidang Pengkhususan Binaan
Bangunan.
Perkhidmatan
1956 - Beliau bertugas sebagai
Guru Penolong di Technical Trade School Penang (kumpulan Pengasas)
Jan
1958-1973- Beliau bersama empat orang guru bertugas sebagai guru penolong di
Rural Trade School Pengkalan Chepa.
1979 - Bertugas sebagai Guru
Besar di Sekolah Menengah Vokasional Trengganu.
1985 - Beliau bertugas
sebagai Penlong Penyelia di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
1987 - Bertugas
sebagai Penyelia di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kuala
Lumpur.
1988 - Beliau kembali ke Sekolah Menengah Vokasional Pengkalan Chepa
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sehingga bersara pada
5.1.1990.
Beliau telah menyambung kontrak dan mengajar di Sekolah
Menengah Vokasional, Kuala Krai. Sekarang beliau telah
bersara.