Asalnya Lencana Sekolah Pertukangan Pengkalan Chepa yang ditubuhkan pada tahun 1958.
Rekaan Cikgu Ibrahim Deman dan pelajar-pelajar pada tahun 1958 melalui satu peraduan melukis lencana.
Warna Biru:
Membawa erti Kejaya Kolar Biru, iaitu sekolah melahirkan pelajar- pelajar yang akan mencebur dalam Kerjaya Kolar Biru.
Warna Merah:
Warna bendara negeri Kelantan menunjukkan sekolah duduk dalam negeri kelantan.
Warna Kuning:
Warna susunan bata. Susunan bata melambangkan Kursus Ketukangan Awam (Civil Trade Course).
Gear dan alat Geomerti:
Melambangkan Kursus Ketukangan Kejuteraan (Mechanical Trade Course) dan Lukisan, ini adalah kerana pada masa mula ditubuhkan pada 1958 hanya terdapat dua kursus tersebut yang diajar pioneers seramai 62 pelajar
Motto:
"TEKNOLOGI PENJANA KEJAYAAN".
Nama Sekolah dan Tahun disesuaikan setelah ditukar kepada Sekolah Menengah Vokasional Pengkalan Chepa pada tahun 1968.
Ungkapan "Pertukangan Asas Kemajuan" membawa erti dengan adanya Hari Kemahiran Pertukangan bolah menjadi asas serta tapak mula untuk menuju kemajuan.