Kemasukan


SYARAT KEMASUKAN KE
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALAN CHEPA

PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa menawarkan 3 aliran:

                                                Aliran Teknik

                                                Aliran Vokasional

                                                Aliran Kemahiran

Iklan kemasukan akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia di semua akhbar tempatan seminggu sebelum tarikh keputusan PMR dikeluarkan.

BORANG PERMOHONAN

 

Borang Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional  (Borang MVT) boleh diperolehi di sekolah ini atau dari Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 3, Blok F Utara, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

 Setiap borang boleh dibeli dengan harga RM1.00 saja secara tunai.

Tarikh tutup permohonan adalah 10 hari selepas keputusan PMR diumumkan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut bagi syarat kelayakan dan kemasukan
sila kunjungi laman web berikut :

http://www.moe.gov.my/teknikal.htm

Nota:
Penjelasan ini mengenai syarat masuk adalah untuk maklumat saja. Sebarang syarat ini boleh dipinda atau diubahsuaikan pada bila-bila saja oleh pihak sekolah mengikut arahan-arahan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1