.................................................................................................
.
...
.............
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim ,
09000 Kulim , Kedah Darul Aman.
Tel / Faks : 04 - 4892676
.. ........
... ..Ahad,tanggal 8 Januari 1961,mencatatkan detik kelahirannya sebagai kelas Menengah Aliran Melayu,hasil daripada aspirasi dan usaha para pejuang yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bertaraf dunia, walaupun dengan hanya menumpang di SMSB dengan pelajar berjumlah 39 orang.
......Bertolak dari sini,pada tahun 1966 Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim wujud di tapaknya sekarang, dengan 3 blok induk.En Ahmad Hasmuni b. Hj. Hussein sebagai Pengetuanya yang pertama.Sek.Men.Keb.Kulim mulai menapak dan mencipta nama. Lambang sekolah direka pada tahun 1966 berlandaskan motto 'SENTIASA MAJU',seiring dengan lagu sekolah.
......Pembangunan pesat fizikal SMKK melonjak semasa di bawah pentadbiran Dato' Hashim b. Mydin.Dari sini penglibatan pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum semakin aktif.Kepercayaan ibubapa dari masyarakat setempat untuk menghantar anak-anak bersekolah semakin memberangsangkan.
.....Pada tanggal 9 Oktober 1969 Sek.Men.Keb.Kulim telah dirasmikan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Hj. Abd. Rahman b. Yaakob.Pengurusan yang saling bertukar ganti adalah suatu kelaziman bagi mana-mana organisasi.Dalam tempoh 1969-1971, SMKK adalah di bawah pentadbiran En.Mahmood b. Hj. Ismail. SMKK terus berkembang maju dan pelajar-pelajar telah menikmati kemudahan yang selesa.
.....Dari tahun 1972-1986,En.Hashim b. Khamis bertugas sebagai pengetua .SMKK mula menawarkan pakej aliran sains bagi pelajar tingkatan 4.Pada tahun 1974 PIBG ditubuhkan.
......Februari 1986,Tuan Hj.Md. Yussof b. Othman bertugas sebagai Pengetua .Dalam pentadbiran beliau ,SMKK menikmati kemudahan fizikal yang lebih kondusif, alam sekitar yang bersih,indah dan ceria serta Pusat Sumber Pendidkan yang unggul lagi cemerlang. Imej SMKK semakin gemilang dengan sanjungan dan identiti 'Sekolah Dalam Taman',hasil daripada kesepaduan minda,tenaga dan cita-cita seluruh staf dan PIBG....
......Segala tradisi dan budaya yang wujud tunggak kepada kecemerlangan SMKK, kini diteruskan oleh En.Ahmad b. Hussain,Pengetua yang bertugas mulai 1.12.1995 hingga tahun 1998. SMKK mendapat satu lagi pengasa yang berkaliber . Inilah kali pertama SMKK mendapat seorang pemgetua wanita , iaitu Pn.Hjh Siti Faridah Md. Nor.Selepas kedatangan beliau SMKK telah meningkat satu langkah ke atas dalam semua bidang.
FALSAFAH SEKOLAH
Semua Pelajar boleh dididik dan terdidik melalui pemupukan budaya mulia.
VISI SEKOLAH
Memartabatkan kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim.
MISI SEKOLAH
Misi Sekolah Menengak Kebangsaan Kulim adalah untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan pendidikan menerusi
* Kecemerlangan disiplin bertonggakan 'Kita Warga Berbudaya'
*Kecemerlangan kurikulum berlandaskan semangat cintakan ilmu dan budaya membaca
*Kecemerlangan ko-kurikulum menerusi penglibatan aktif semua pelajar
*Keindahan dan keceriaan sekolah berprinsipkan "Ke Bukit Sama Didaki,Ke Lurah Sama Dituruni"
*Perwujudan suasana sekolah yang konduktif dan harmonis berpaksikan "Perkhidmatan Penyayang".
CITA-CITA MURNI INI AKAN DIJAYAKAN MELALUI GERAKAN BERSAMA SELURUH WARGA SEKOLAH BERPRINSIPKAN:
* Kesatuan fikiran
* Kesepaduan tindakan
* Ketinggian semangat kesepunyaan
* Kepimpinan yang dimanik
* Sikap "Bersih ,Cekap dan Amanah"
COGANKATA
SENTIASA MAJU
Anda Pelawat Laman Web Kami Ke:
SMKKULIM@HOTMAIL.COM
DICIPTA DAN DIKEMASKINIKAN OLEH:
Lechianathan
Jay1806@hotmail.com
Ravindran
Ravi3006@hotmail.com
Thinesh Kumar
KThinesh@hotmail.com
Vigneswararao
Vignes2981@hotmail.com
Subramaniam
Subra_writeme@hotmail.com
dengan bantuan,
En.Anuar Othman dan Pihak Sekolah