Exercise 2/98 (As published in Kwong Wah Yit Poh on 06/02/98)
Soalan 1 hingga Soalan 5
Isikan kata yang paling sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.
1. Pak Musa sedang ___________ pokok ketapang di tepi rumahnya.
A menghiris C menebang
B menebas D menetak
2 Kita tidak harus _______ keputusan hakim.
A mencabar B melawan
B menantang C menentang
3 Pada malam perkahwinan kakak saya, suasananya _______ dengan lampu-lampu yang dipasang di sekeliling rumah kami.
A gilang-gemilang C riuh-rendah
B gelap gelita D hingar-bingar
4 Oleh sebab tiada anak, Ali mengambil anak jirannya sebagai __________.
A anak sumbang C anak tiri
B anak tut D anak kandung
5 Kakak ____________ secubit garam ke dalam sup ayam yang dimasaknya.
A bertambah C menambah
B menambahkan D ditambahkan
Soalan 6 hingga Soalan 10
Pilih bahagian bergaris yang salah. Jika tiada kesalahan yang berkenaan, pilih huruf D.
6 Akan saya adu hal itu kepada pihak polis
A B
sekarang juga. Tiada kesalahan.
C D
7 Ayah menasihati saya bahawa rajin belajar
A B
supaya dapat lulus dalam peperiksaan
C
awam. Tiada kesalahan.
D
8 Nenek suka menceritakan tentang
A
pengalamannya semasa pendudukan Jepun.
B C
Tiada kesalahan.
D
9 Yang manakah yang lebih engkau sukai, ini
A B C
atau itu? Tiada kesalahan.
D
10 Kami sungguh takut lelaki yang hodoh lagi
A B C
bengis itu. Tiada kesalahan.
Soalan 11 hingga Soalan 15
Pilih cadangan jawapan yang betul untuk mengganti bahagian bergaris. Jika tiada kesalahan, pilih
huruf D.
11 Mereka mahu melapor hal itu kepada ketua kampung.
A mahu melaporkan hal itu kepada
B ingin melapor hal itu kepada
C mahu laporkan hal itu kepada
D mahu melapor hal itu kepada
12 Untuk menyedia diri agar cukup sihat, Zamri bersenam setiap hari.
A Bagi menyedia diri agar
B Untuk menyediakan diri agar
C Untuk bersedia agar
D Untuk menyedia diri agar
13 Kita harus kurang makan garam agar tidak dihidap penyakit tekanan darah tinggi.
A makan kurang garam agar tidak dihidap
B kurang makan garam agar tidak menghidapi
C kurang makan garam agar tidak menghidap
D kurang makan garam agar tidak dihidap
14 Selain makanan, lain-lain barang ada dijual di kedai itu.
A lain barang ada dijual
B barang-barang lain ada dijual
C barang-barang lain ada dijualkan
D lain-lain barang ada dijual
15 Kami akan diserahi tugas yang berat pada hari tersebut.
A Kami akan diserahkan tugas
B Kita akan menyerahkan tugas
C Kita akan diserahkan tugas
D Kami akan diserahi tugas
Soalan 16 hingga Soalan 17
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang berhuruf tebal.
16 Pembelajaran yang berterusan merupakan tujuan utama pendidikan.
A Tujuan utama pendidikan berterusan ialah pembelajaran.
B Pembelajaran yang berterusan ialah objektif utama pendidikan.
C Pembelajaran lanjutan ialah tujuan utama pendidikan.
D Pembelajaran secara berpanjangan merupakan tujuan pendidikan.
17 Amalan bertolak ansur perlu dimiliki oleh setiap pengguna jalan raya.
A Amalan bertolak ansur diperlukan oleh setiap pengguna jalan raya.
B Setiap pengguna jalan raya perlu mengamalkan sikap bertolak ansur.
C Amalan bertolak ansur diperlukan semasa kita menggunakan jalan raya.
D Tiap-tiap pengguna jalan raya diharapkan berkompromi.
Soalan 18 - Soalan 19
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
18 I Tukang jahit mengukur badan pelanggannya sebelum menjahit pakaian yang dipesannya.
II Ibu mengukur isi kelapa untuk memasak gulai.
III Orang asli itu mengukur sebagai tanda bahawa dia sudah balik.
IV Pemimpin itu mengukur kedudukannya dengan mendapat lebih banyak sokongan daripada anak buahnya.
A I and II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV
19 I Kemasukan pendatang asing tidak lagi digalakkan di negara kita.
II Pintu kemasukan stadium itu dikawal dengan rapi.
III Buku perpustakaan biasanya mengandungi nombor kemasukan.
IV Matanya terasa pedih kerana kemasukan debu.
A I and II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja
Soalan 20 - Soalan 23
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul.
20 I Penduduk kampung itu sering mendatangi rumah penghulu mereka.
II Dari pemerhatian saya, dia terlalu mementingkan diri sendiri.
III Akhirnya, dia memperolehi kejayaan yang dihajatinya.
IV Wang yang disimpannya melebihi yang saya simpan itu sebanyak lima ringgit.
A I and II sahaja C I, II dan III sahaja
B I dan IV sahaja D I, II, III dan IV
21 I Perkara itu sudah diperjelas oleh setiausaha kelab itu.
II Orang miskin biasanya terpaksa menanggung kesusahan.
III Dia menentangkan musuhnya dengan sebatang kayu.
IV Dalim berjalan berlawan arah dengan saya.
A I and II sahaja C I, II dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV
22 I Penyakit ini berpunca dari lalat.
II Projek ini pasti akan memanfaat penduduk desa di tempat itu.
III Gopal datang ke rumahku bersama dengan kakaknya.
IV Bungkusan ini dari negeri Sarawak.
A I and II sahaja C III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV
23 I Semasa jerebu wujud di angkasa, penduduk di sana terpaksa menghirup udara yang tercemar.
II Kerajaan akan memperhebat gerakan untuk memerangi wabak dadah.
III Pemandu itu suka membunyikan hon semasa memandu keretanya.
IV Lelaki itu akan mengambilalih tugas itu.
A I and II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV
|