Kegiatan sukan di Sekolah Menengah Agama Al-Falah sentiasa menjadi tumpuan para pelajar untuk mengambil bahagian dan mencuba bakat masing-masing. Pada awal penggal pertama, para pelajar diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam acara yang akan dipertandingkan di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu atau ringkasnya MASMAT.
Pada bulan pertama setiap tahun, guru sukan mengadakan beberapa siri ujian dan latihan untuk memilih peserta yang layak untuk mewakili sekolah dalam pertandingan awal MASMAT yang lazimnya diadakan pada bulan April. Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Bagi acara bola sepak dan sepak takraw dipertandingkan dalam 2 kategori iaitu Lelaki Atas dan Lelaki Rendah. Manakala bagi acara bola tampar hanya untuk kategori Lelaki Atas sahaja. Bagi acara ping-pong dan badminton dipertandingan dalam tiga kategori iaitu Peringkat Tinggi, Atas dan Rendah untuk Lelaki dan Perempuan.Semua peserta yang terpilih wajib menjalani latihan di bawah bimbingan guru-guru yang terlatih sebelum menyertai pertandingan. Badan Sukan juga mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah di sekitar daerah Kemaman seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 1. MASMAT diadakan dalam 2 pusingan iaitu Peringkat Awal dan Peringkat Akhir. Manakala Sekolah Menengah Agama Al-Falah,Kemaman terletak dalam Zon A bersama-sama dengan Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (ATAS), Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Agama Marang.
Pada tahun ini(1999), Sekolah Menengah Agama Al-Falah,Kemaman telah berjaya memenangi 5 kategori iaitu:
Pada setiap tahun, sebelum berakhirnya sesi persekolahan, Badan Sukan mengadakan acara larian sebagai acara tahunan yang dinamakan Larian Mesra.Acara ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertainya bagi mewakili rumah sukan masing-masing. Sempena acara larian ini juga, beberapa acara lain turut diadakan seperti acara tarik tali antara pelajar dan guru serta kakitangan sekolah.
Gambar Aktiviti Sukan Sekolah
Pengetua bersedia untuk flag off
Satu,dua,tiga...tariiikkkkkkkkkkkkk