badan berunifom

PENGAKAP KE-50
Pengakap SMAAK dipimpin oleh guru pemimpin yang dedikasi, Cikgu Ali bin Mohd Yatim. Pengakap SMAAK telah banyak kali menyertai aktiviti samada yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan mahupun oleh Jabatan Pendidikan Negeri menerusi Persatuan Pengakap Negeri. Antara aktiviti yang disertai ialah Jambori Asia Pasifik yang diadakan di Bukit Keluang, Besut. Selain itu, Jambori di Selangor dan Melaka. Antara kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli Pengakap ialah:

jambori
Bergambar di Jambori Asia Pasifik Ke-7

 


PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH
PBSM SMAAK mengadakan aktiviti berkawad setiap hari Selasa dan Rabu di perkarangan sekolah.Antara aktiviti yang disertai oleh PBSM ialah Pekhemahan Badan-badan Berunifom yang diadakan di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu pada 25 - 30 mei 1999. Dalam perkhemahan tersebut ahli PBSM telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan yang diadakan.Pada 22 Julai 2000 seramai 12 orang ahli PBSM telah menyertai Perkhemahan Badan Berunifom di Kem Sri Keluang, Besut.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM
PPI SMAAK mengadakan aktiviti berkawad pada setiap har Rabu di bawah pimpinan guru penasihat. Dalam pertandingan Menghafaz yang diadakan di Kerteh pada 25 Mei 2000, ahli PPI berjaya mendapat tempat kedua Pertandingan Hafaz Peringkat Daerah Kemaman.

PERTUBUHAN SILAT
Pertubuhan Silat SMAAK mengadakan latihan tetap pada hari Selasa dan Jumaat setiap minggu di bawah bimbingan dan tunjukajar jurulatih. Antara kejayaan yang dicapai oleh Pertubuhan Silat pada tahun 1999 ialah :


  Pada tahun 2000, sekali lagi pesilat dari Al-Falah berjaya mengekalkan Johan Keseluruhan kali kedua berturut-turut dengan mencapai kejayaan cemerlang. Pada tahun ini juga dua orang pesilat dari AlFalah berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Silat Terengganu dan terpilih mewakili Negeri Terengganu dalam Pertandingan Silat Kebangsaan di Kuala Lumpur. Lebih membanggakan lagi, salah seorang pesilat Al-Falah, Saudari Munirah binti Mat Harun, pelajar tingkatan 4 telah terpilih untuk mengikuti latihan intensif di Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai persediaan mewakili negara Malaysia di Kejohanan Silat di Hanoi, Vietnam. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian Munirah Harun dalam dunia persilatan kerana berjaya menaikkan nama Al-Falah dan negeri Terengganu. Syabas dan tahniah diucapkan.
silat perempuan
Peserta Silat Perempuan
peserta silat lelaki
Peserta Silat Lelaki

TAE KWANDO(ITF)
Tae KwanDo SMAAK telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan menjalankan aktiviti tetapnya pada setiap hari Selasa dan Jumaat. Tae KwanDo SMAAK pernah menyertai dalam Pertandingan yang dianjurkan oleh Tae KwanDo Negeri dan Persekutuan dan memenangi dalam beberapa kejohanan yang disertai sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Pada 29 Jun 2000, seramai 12 orang ahli kelab Tae Kwan Do telah menyertai Kejohanan Tae Kwan Do Terbuka Negeri Kedah dan pada 22 Oktober menerima jemputan Kejohanan Tae Kwan Do Terbuka Pahang yang diadakan di Kolej Islam Pahang.
 
 

1