KEHIDUPAN DI KAWASAN TUNDRA

TABURAN KAWASAN

  1. Sekitar Garisan Artik & Garisan Antartika (66½oU & S).
  2. Hemisfera utara
  • Pulau Greenland
  • Utara benua Amerika Utara (Utara Kanada)
  • Alaska
  • Utara benua Rusia
  • Eropah
  1. Hemisfera selatan – Kawasan Tundra.

SIFAT IKLIM

  1. Mengalami dua musim yang nyata (musim dingin dan musim panas).
  2. Musim dinginnya panjang (Nov-Mac).
  3. Musim dinginnya terlampau sejuk dengan suhu antara 18oC-37oC.
  4. Musim dingin - siangnya pendek & malam panjang.
  5. Bila matahari berada di Garisan Jadi, kawasan Artik mengalami malam 24 jam.
  6. Musim panas pendek antara Mei-Julai dengan suhu yang sederhana (bawah 10oC).
  7. Bila matahari berada di Garisan Saratan, kawasan Artik mengalami siang 24 jam & kawasan utara siang 6 jam.
  8. Bezantara suhu tinggi (28oC).
  9. Hujan terlalu sedikit – kurang daripada 250mm.
  10. Paling lebat dalam musim panas.
  11. Musim dingin hujan turun dalam bentuk salji.

TUMBUHAN SEMULAJADI

  1. Tumbuhan tundra seperti lumut & kulampair.
  2. Pokok-pokok renek dan bunga artik pada musim panas.
  3. Rumput keras dan lumut disepanjang tanah pamah pantai.
  4. Pokok-pokok bantut seperti willow & hirch yang tumbuh di tepi-tepi sungai.
  5. Rumput paya di kawasan berpaya.

CARA HIDUP PENDUDUK

  1. Penduduk utama di kawasan Tundra
  • Orang Eskimo - perisai Kanada, Alaska dan pantai Greenland.
  • Orang Lapp - sepanjang pantai Norway, Sweden dan Findland - Eropah utara.
  • Orang Samoyed, Tungu, Yakut & Koryak disepanjang pantai Cis yang menghadap lautan Artik.
  1. Memperoleh makanan dengan cara menangkap ikan, mengumpul tumbuhan dan berburu binatang seperti walrus, singa laut dan karibu.
  2. Gunakan kulit, bulu untuk buat pakaian, khemah, selimut dan hasil dagangan lain.
  3. Kaya dengan hasil galian seperti :
  • Arang batu, petroleum dan emas di Alaska.
  • Bijih besi di Sweden Utara.
  • Nikel dan fosfat di Rusia.
  • Kuprum di Kanada.
  1. Kenderaan utama - kayak dan umiak. Musim dingin gunakan kenderaan yang dipanggil andursalji.

 

1