PENDUDUK MALAYSIA DAN PETEMPATAN
PETEMPATAN AWAL
- Tebing sungai, muara sungai and tepi laut menjadi tumpuan petempatan awal.
- Petempatan awal yang masyhur ialah :
- Lembah Bujang di sekitar Sg. Merbuk Kedah
- Kerajaan Gangga Negara di muara Sg. Kinta
- Kerajaan Johor-Riau di muara Sg. Johor
- Kesultanan Melaka di muara Sg. Melaka
- Gua Niah di Sarawak
- Teluk Darvel di Sabah
- Gua Niah dan Teluk Darvel merupakan petempatan awal orang zaman batu.
- Kebanyakan petempatan awal di Malaysia terletak di pinggir laut dan muara sungai kerana
:
- Keselamatan - daripada binatang buas dan cuaca buruk.
- Perhubungan - sungai dan laut merupakan jalan perhubungan dan
pengangkutan yang mudah.
- Mata pencarian -
- Laut dan sungai membekalkan ikan.
- Tanah lanar di lembah sungai sesuai untuk pertanian.
- Bentuk muka bumi - tanah pamah yang rata
- Kemudahan asas - sungai merupakan sumber air minuman, membasuh dan
mandi-manda.
TABURAN PENDUDUK
- Penduduk di Malaysia berjumlah kira-kira 19.9 juta orang (1995).
- Kira-kira 82% daripada jumlah penduduk tinggal di Semenanjung, 7% di Sabah dan 11% di
Sarawak.
- 95% daripada penduduk Malaysia bertumpu di
- dataran dan lembah sungai
- kaki bukit
- pinggir pantai
- Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata.
- Kawasan-kawasan yang kepadatan penduduknya tinggi :
- Lembah Kelang
- Lembah Kinta
- Dataran Kedah, Pulau Pinang dan Seberang Perai
- Delta Kelantan
- Sekitar bandar-bandar besar - Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dsbnya.
- Kawasan-kawasan yang penduduknya sederhana padat :
- kawasan lembah Sg. Pahang dan Sg. Baram.
- kawasan kaki bukit dan pantai tidak berpaya.
- Rancangan kemajuan tanah seperti Segitiga Jengka, Pahang-Terengganu, Johor-Terengganu
dan Kelantan Tengah.
- Semenanjung Semporna, dataran pantai barat, lembah Sg. Kinabatangan, Dataran
Keningau-Tambunan dan bandar Lahat Datu, Kudat dan Keningau di Sabah.
- Lembah hilir Sg. Rajang, Sg. Oya dan Mukah serta bandar-bandar kecil seperti Sibu,
Bintulu, Miri dan Mukah di Sarawak.
- Kawasan-kawasan yang rendah kepadatan penduduknya, ialah :
- Kawasan yang bergunung-ganang dan berhutan tebal seperti Banjaran Titiwangsa dan
Banjaran Crocker.
- Kawasan berpaya bakau dan air tawar.
- Kawasan timur dan pedalaman Sabah.
- Kawasan pedalaman terpencil di Sarawak.
- Pantai barat Semenanjung Malaysi menjadi tumpuan penduduk kerana
- Kawasan dataran lanar yang luas dan subur sesuai untuk penanaman padi.
- Kawasan yang beralun dan kaki bukit yang bersaliran sesuai untuk penanaman getah dan
kelapa sawit.
- Kaya dengan bijih timah.
- Terdapat bandar-bandar besar dan pelabuhan yang baik.
- Terdapat banyak pusat perindustrian.
- Terdapat jaringan jalan raya dan keretapi yang baik.
POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA
- Petempatan berpusat
- Rumah bangunan yang tersusun rapat.
- Biasa terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, pusat perniagaan dan
perdagangan.
- Petempatan berpusat terdapat di pekan, bandar dan bandaraya seperti Kajang, Goerge Town,
dan Kuala Lumpur.
- Petempatan berjajar atau linear
- Rumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan,
permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.
- Contoh di kawasan penanaman padi Dataran Kedah-Perlis.
- Petempatan berselerak
- Rumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.
- Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-kebun
kecil.
LINGKUNGAN PENGARUH
- Kawasan bandar dan luar bandar saling bergantungan.
- Penduduk bandar terlibat dalam sektor perindustrian, perniagaan, perdagangan, dan
pekhidmatan.
- Penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan, pembalakan &
perikanan.
- Penduduk luar bandar membekalkan bahan mentah manakala penduduk bandar menyediakan
barangan keperluan harian dan perkilangan.
- Bandar besar mempunyai lingkungan pengaruh yang besar mempengaruhi bandar kecil.
BANDAR-BANDAR UTAMA
- Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar
- Lokasi - kedudukan bandar sesuai untuk perkembangan.
- Fungsi - bandar itu mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung
penduduk yang kian bertambah.
- Lingkungan pengaruh bandar - mempunyai kawasan sekitar yang luas dan
mempunyai kemudahan yang cukup untuk menyediakan bahan mentah, tenaga dan pasaran.
- Jalan perhubungan - memudahkan pergerakan penduduk dan barangan yang
dapat meluaskan lingkungan pengaruh.
B. Jenis-jenis Lokasi bandar
Lokasi |
Contoh bandar |
Persimpangan jalan raya atau kereta api |
Kuala Lumpur
Gemas |
Muara atau sungai |
Kuala Terengganu
Kuantan |
Persimpangan sungai |
Kuala Lumpur
Kuala Kangsar |
Jambatan sungai |
Tanjung Malim
Temerloh |
Pangkalan terminal jalan (hujung bukit) |
Kangar
Johor Bahru |
Kaki bukit |
Tapah
Raub |
Pelabuhan |
Pelabuhan Klang |
C. Fungsi bandar
1. Sebagai Pusat pentadbiran
|
- Kuala Lumpur
- Alor Setar
- George Town
- Ipoh
- Kuala Terengganu
- Kota Kinabalu
- Kuantan
|
- Shah Alam
- Seremban
- Melaka
- Johor Bahru
- Kota Bharu
- Kuching
|
2. Bandar Pelabuhan
|
- Klang
- Melaka
- Johor Bahru
- George Town
|
- Kuantan
- Kuching
- Kota Kinabalu
|
3. Bandar Perlombongan
|
Bijih Timah :
- Ipoh
- Seremban
- Kuala Lumpur
|
Petroleum :
|
4. Bandar Pelancongan
5. Bandar Pertanian
|
Penanaman Padi :
- Alor Setar
- Tanjung Karang
|
Penanaman Getah :
|
6. Bandar Perkilangan
|
- Bayan Lepas
- Ipoh
- Perai
- Johor Bahru
- Kuantan
|
- Kuala Lumpur
- Petaling Jaya
- Shah Alam
- Kuching
- Kota Kinabalu
|
7. Pusat Pengajian Tinggi
|
- Kuala Lumpur
- Bangi
- Geogge Town
|
|
BANDARAYA DAN BANDAR
- Kuala Lumpur
- Terletak di pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang.
- Perkembangan bermula sebagai bandar perlombongan bijih timah.
- Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
- Ibu negara dan pusat pentadbiran Malaysia.
- Pusat tumpuan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang.
- Pusat perindustrian - Shah Alam, Petaling Jaya, dan Sg. Way.
- Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan pasar besar, pasaran saham, bank,
institusi kewangan, dan syarikat insurans.
- Pusat pendidikan utama Malaysia - Universiti dan pusat pengajian swasta.
- Pusat pelancongan - Muzium Negara, Zoo Negara, hotel bertaraf antarabangsa dan pusat
beli-belah.
- Pusat impot ekspot melalui Pelabuhan Klang
- Johor Bahru
- Terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di pantai Selat Tebrau dan di tebing
Sg. Segat.
- Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
- Ibu negeri, pusat pentadbiran negeri dan bandar diraja Johor Darul Takzim.
- Pusat jalan raya, kereta api dan udara di bahagian selatan Semenanjung. Mem-punyai
lapangan terbang Senai.
- Pusat pelabuhan impot dan ekspot bagi negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka melalui
pelabuhan Pasir Gudang.
- Pusat perniagaan, pengumpulan dan pengedaran
- Pusat perindustrian - Larkin, Tampoi dan Senai.
- George Town
- Terletak di daerah timur laut Pulau Pinang.
- Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
- Ibu negeri dan pusat pentadbiran PPinang.
- Pusat jalan raya, mempunyai lapangan terbang antara bangsa Bayan Lepas. Dihubungkan
dengan tanah besar Semenanjung melalui feri dan jambatan Pulau Pinang.
- Pusat pengumpul dan pengedar bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Perlis, kedah dan Perak.
- Pusat pelabuhan yang mengendaikan ekspot dan impot bahagian utara Semenanjung Malaysia -
pelabuhan kedua besar di Malaysia.
- Pusat perindustrian - Bayan Lepas dan Mak Mandin.
- Pusat pendidikan - USM, Maktab Perguruan dan pusat pengajian swasta.
- Pusat pelancongan - pantai indah di Batu Ferringhi, bukit peranginan Bukit Bendera,
hotel bertaraf antara bangsa, dan pusat beli-belah.
- Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan seperti bank, institusi kewangan,
syarikat insurans dan pelabuhan.
- Kota Kinabalu
- Terletak di dataran pantai barat Sabah.
- Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
- Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sabah.
- Pusat jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan bandar Kudat, Sandakan, Beaufort,
Tawau dan Papar. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.
- Pusat perindustrian - Likas dan Kepayan.
- Pusat pelabuhan utama Sabah - mengekspot kayu balak, getah, minyak kelapa sawit dan
kuprum.
- Pusat pengumpul dan pengedar bagi kawasan pedalamannya.
- Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan,
syarikat insuran, dan pelabuhan.
5. Kuching
- Terletak di tebing kanan Sungai Sarawak kira-kira 30 km dari pantai Laut China Selatan.
- Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
- Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sarawak.
- Pusat jalan raya di Sarawak menghubungkan Kuching dengan bandar seperti Sibu, Bintulu,
Lubuk Antu, dan Simanggang. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.
- Pusat pelabuhan utama Sarawak - Pending pelabuhan impot dan ekspot - getah, lada hitam,
sagu, dan kayu balak.
- Pusat perindustrian - Pending dan Sejingkat.
- Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan,
syarikat insuran, dan pelabuhan.
|