Jawab semua soalan di bawah ini.

 

Soalan 1 hingga 6 berdasarkan kepada peta topografi yang disediakan di bawah ini.

rajah1.jpg (33604 bytes)


1

Kampung yang terbesar di sini ialah _________.

Kampung Sena

Kampung Terus

Kampung Paya

Kampung Siput


2

Apakah jenis tanaman utama yang ditanam di kawasan ini?
I. kelapa          II. sayur-sayuran         III. getah          IV. padi

I, II dan III

I, III dan IV

II, III dan IV

I, II dan IV


3

Kebanyakan penduduk di Kampung Sena mungkin sekali terdiri daripada kaum _________

Melayu

India

Cina

Serani


4

Sungai Rusa mengalir dari arah _________.

tenggara ke barat laut

utara ke selatan

barat ke timur laut

timur laut ke barat daya


5

Apakah jenis tumbuhan semulajadi yang paling luas terdapat di sini?

Belukar

Hutan buluh

Hutan hujan tropika

Hutan paya bakau


6

Apakah jalan yang menghubungkan Kampung Paya dengan Kampung Siput?

Denai

Jalan raya berturap

Jalan kereta api

Jalan raya tidak berturap


Soalan 7 hingga 11 berdasarkan kepada peta topografi yang disediakan di bawah ini.

rajah2.jpg (67220 bytes)

7

Petempatan di Kampung Tasik mempunyai jenis pola petempatan _______

berselerak

berjajar

berpusat

bertumpu


8

Kilang yang terdapat di dalam peta mungkin sekali memproses __________

kelapa

padi

getah

kayu balak


9

Laut terletak di _______ peta.

barat daya

barat laut

timur laut

tenggara


10

Peta topografi di atas dianggap tidak lengkap kerana tidak mempunyai

perkataan singkatan

petunjuk

skala

tanda arah utara


11

Berdasarkan peta topografi di atas, penduduk di kawasan ini terlibat dengan aktiviti ________
I. pertanian          II. pembalakan              III. perlombongan             IV. perkilangan

I, II dan III

I, III dan IV

II, III dan IV

I, II dan IV


12

Jarak yang diukur dalam unit masa ialah ________

jarak relatif

jarak mutlak

jarak bandingan

jarak tidak tentu


13

Koordinat ialah _______ di antara lajur dan baris.

pertentangan

persilangan

persamaan

selisih


14

Arah mata angin perantaraan ialah ______

timur laut, tenggara, barat daya dan barat.

barat daya, barat laut, timur laut dan tenggara.

tenggara, timur, timur laut dan selatan.

selatan, timur laut, barat laut dan tenggara.


15

Kompas mempunyai jarum yang sentiasa menunjukkan arah utara selatan kerana _______

pengaruh angin

tarikan magnetik bumi

kuasa elektrik

dipengaruhi oleh tenaga kinetik


16

Jarak antara dua hujung di dalam bilik darjah boleh diukur dalam unit _______

kilometer

meter

sentimeter

milimeter


17

Kedudukan dapat dinyatakan dalam dua bentuk iaitu _______

kedudukan mutlak dan kedudukan relatif.

kedudukan sementara dan kedudukan tetap.

kedudukan mutlak dan kedudukan rujukan.

kedudukan relatif dan kedudukan rujukan.


18

Bagaimanakah kedudukan matahari dapat membantu kita dalam menentukan sesuatu arah?

Matahari terbit di timur dan terbenam di selatan.

Matahari terbit di timur dan terbenam di barat.

Matahari mengelilingi bumi.

Matahari beredar mengelilingi bulan.


19

Skala ialah satu nisbah di antara ______

jarak dan luas.

jarak mutlak dan jarak relatif.

jarak di antara dua titik dalam peta dengan jarak sebenar di atas bumi.

jarak di atas tanah dengan jarak sebenar di atas bumi.


20

Simbol yang terdapat di dalam peta topografi adalah seperti berikut kecuali _______

simbol titik

simbol kawasan

simbol garisan

simbol benda


21

Kompas magnetik hendaklah dijauhkan daripada benda-benda yang diperbuat daripada _______

kayu

besi

aluminium

plastik


22

Semua pernyataan berikut adalah benar tentang kelebihan kawasan tanah tinggi kecuali _______

untuk petempatan.

kawasan perkelahan.

kawasan pertanian.

kawasan pembalakan.


23

Kawasan-kawasan di bawah menerima hujan kurang daripada 2000mm setahun kecuali _________

Lahad Datu.

Pedalaman ke Tenggara Banjaran Crocker.

Bukit Larut.

Kawasan kecil di Hulu Perak.


24

Di Malaysia semua kegiatan mencarigali minyak dikendalikan oleh ______

SHELL

CALTEX

PETRONAS

PETROLEUM


25

Bandaraya Kuala Lumpur dibina di _______

muara Sungai Gombak.

muara Sungai Klang.

pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Lembah Klang.


26

Dataran hanya tertumpu di bahagian hilir sungai dan ditimbuni oleh tanah tanih ______

laterit

aluvium

pasir

lumpur


27

Kemudahan telekomunikasi yang terdapat di Malaysia termasuklah ______
I. telefon        II. walkie-talkie               III. telegraf          IV. satelit

I, II dan III

I, III dan IV

II, III dan IV

I, II, III dan IV


Soalan 28 dan 29 adalah berdasarkan kepada maklumat di bawah.

                             Pelajar            Cara ke sekolah              Masa perjalanan
                             Bakar                   Berjalan kaki                        45 minit
                             Amira                    Menaiki bas                         20 minit
                             Yussof                   Berbasikal                           15 minit
                              Mimi                     Berbasikal                           30 minit

28

Apabila Yusof sampai di sekolah, dia perlu menunggu ______ minit untuk berjumpa Bakar jika mereka bertolak pada waktu yang sama.

5

10

25

35


29

Jika semua pelajar bertolak pada waktu yang sama, siapakah yang sampai lebih awal ke sekolah?

Bakar

Yusoff

Amira

Mimi


30

Pusat petempatan.
Pusat perindustrian.
Pusat tumpuan jalan raya.

Perkara-perkara di atas biasanya wujud di kawasan _______

tanah tinggi.

tanah pamah.

tanah tepi pantai.

tanah paya.


1