KEHIDUPAN DI KAWASAN BERMUSIM

TABURAN KAWASAN BERMUSIM

  1. Kawasan bermusim terletak di antara 23o-60oU/S.
  2. Kawasan bermusim termasuklah :
    (a) Hemisfera Utara - Kanada, utara Amerika Syarikat, China, Eropah, Jepun dan Korea.
    (b) Hemisfera Selatan - selatan Amerika Selatan, Afrika Selatan, Australia Tenggara dan New Zealand.

CIRI-CIRI

  1. Kejadian empat musim di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan adalah berbeza.

Musim

Hemisfera Utara Hemisfera Selatan
Musim Sejuk

Dis - Feb

Jun - Ogos

Musim Bunga

Mac - Mei

Sep - Nov

Musim Panas

Jun - Ogos

Dis - Feb

Musim Luruh

Sep - Nov

Mac - Mei

  1. Suhu pada musim panas adalah antara 18oC-27oC.
  2. Suhu musim sejuk antara 0oC-10oC.
  3. Hujan tahunan kira-kira 550mm.
  4. Terdapat enam jenis iklim yang dialami di kawasan bermusim iaitu :
    (a) Iklim Mediterranean
    (b) Iklim jenis Prairie
    (c) Iklim jenis Siberia
    (d) Iklim jenis Laurentia
    (e) Iklim jenis British
    (f) Iklim jenis China
  5. Tumbuhan semulajadi di kawasan bermusim ialah :
    (a) rumput - Prairie, Kanada
    (b) hutan pokok tirus - Kanada Timur
    (c) hutan daun luruh - barat laut Eropah
    (d) hutan malar hijau berdaun - California Tengah

CARA HIDUP DI KAWASAN BERMUSIM

Kegiatan ekonomi yang utama di kawasan bermusim ialah :
(a) penanaman gandum dan penternakan lembu - Prairie
(b) pertanian campur - tanah pamah timur laut Amerika Syarikat
(c) penanaman buah-buahan - California Tengah
(d) pembalakan - hutan pokok tirus dan hutan daun luruh
(e) perlombongan - China, Amerika Syarikat dan Australia
(f) perikanan - kawasan pantai terutamanya dipertemuan arus sejuk dan panas.

 

1