Jawab semua soalan di bawah ini.

Soalan 1 hingga 6 berdasarkan peta di bawah.

peta1.jpg (43010 bytes)
Rajah 1


1 Peta di atas dianggap tidak lengkap kerana tidak mempunyai

petunjuk

skala

tanda arah utara

warna atau lorekan


2

Apakah jenis pola petempatan yang terdapat di Taman Murni?

Berjajar

Berselerak

Berpusat

Terancang


3

Kebanyakan penduduk di Kampung Tasek beragama

Islam

Kristian

Buddha

Hindu


4

Antara berikut yang manakah merupakan pekerjaan utama penduduk Kampung Pantai.
I. Nelayan                      II. Petani                 III. Pelombong           IV. Penoreh

I dan II

I dan III

II dan III

III dan IV


5

Arah Taman Murni dari Kampung Pantai ialah

barat

tenggara

timur laut

barat daya


6

Jalan raya yang terdapat dalam peta dari Kampong Lembah ke Taman Murni dibina lurus kerana

dibina di kawasan petempatan

dibina di kawasan pertanian

dibina di kawasan pamah

perlu merentasi sebatang sungai


Soalan 7 hingga 11 berdasarkan peta topo di bawah

peta2.jpg (31183 bytes)

Rajah 2

7

Petempatan di Kampung Tasik mem-punyai jenis pola petempatan

berjajar

berselerak

berpusat

bertumpu


8

Peta topo di atas dianggap tidak lengkap kerana tidak mempunyai

perkataan singkatan

tanda arah angin

skala

petunjuk


9

Laut terletak di __________ peta.

barat daya

timur laut

barat laut

tenggara


10

Kilang yang terletak di dalam peta mungkin sekali memproses

kelapa

padi

balak

getah


11

Berdasarkan peta topo di atas, penduduk di kawasan ini terlibat dengan aktiviti
I. pertanian             II. pembalakan           III. perlombongan           IV. perkilangan

I, II dan III

II, III dan IV

I, II dan IV

I, II, III dan IV


Soalan 12 hingga 14 berdasarkan peta topo di bawah

peta3.jpg (21227 bytes)

Rajah 3

12

Manakah di antara perkara-perkara berikut yang tidak terdapat dalam peta di sebelah?

Tajuk

Skala

Petunjuk

Mata angin


13

Apakah tajuk yang paling sesuai untuk peta di atas?

Penggunaan tanah di Kampung Damai.

Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Kampung Damai.

Taburan penduduk di Kampung Damai.

Taburan hujan di Kampung Damai.


14

Manakah di antara penggunaan simbol dalam peta di sebelah kurang tepat?

Simbol getah

Simbol padi

Simbol masjid

Simbol hutan


15

Untuk mencari jarak sebenar antara dua tempat dalam sesuatu peta, kita gunakan

petunjuk

skala

tanda mata angin

tajuk peta


16

Untuk mengetahui makna sesuatu simbol yang digunakan dalam peta, kita merujuk kepada

skala

graf peta

tajuk peta

petunjuk


17

Maklumat-maklumat geografi yang diperolehi boleh direkodkan dalam bentuk yang berikut KECUALI

lukisan

tulisan

pelan

gambar foto


18

Maklumat-maklumat dalam bentuk perangkaan paling sesuai direkodkan dalam bentuk

lukisan

peta lakar

tulisan

graf palang


19

Laut berikut yang manakah memisahkan Semenanjung Malaysia daripada Sabah dan Sarawak?

Selat Melaka

Selat Tebrau

Laut China Selatan

Lautan Hindi


20

Jalan air yang terpenting di Sabah ialah

Sungai Rejang

Sungai Baram

Sungai Kinabatangan

Sungai Kinta


21

Pernyataan yang berikut yang manakah tidak tepat tentang Malaysia?

Malaysia terletak di Eropah.

Umumnya, Malaysia ialah sebuah negara yang bergunung-ganang.

Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara.

Malaysia terletak di luar kawasan gunung berapi.


22

Pantai Port Dickson, Pulau Langkawi dan Tanjung Bunga penting sebagai pusat

pelancongan.

perlombongan petroleum

perikanan.

perindustrian kilang


23

Berikut ialah kegunaan sungai di Malaysia KECUALI

tempat rekreasi.

sumber makanan

pengairan.

kawasan pembuangan sisa kilang


24

Jarak rumah Roslina dari sekolahnya ialah 3km. Jika Roslina berjalan kaki dari rumahnya ke sekolah pada kadar satu kilometer setiap 15 minit, berapa lama perjalanannya ke sekolah?

15 minit

30 minit

45 minit

60 minit


25

Jarak dapat diukur daripada segi perkara-perkara yang berikut KECUALI

masa

kos

jauh

arah


 

1