Isi Pelajaran - Pengesan AM
2 min
  Bagaimanakah isyarat audio boleh dihasilkan sedangkan isyarat yang dihantar adalah isyarat pembawa + audio. Proses pengesanan isyarat AM juga di sebut Nyahmodulasi.
15 min
 
  Fungsi Komponen
  1. D - Pengesan puncak positif.
  2. C8R7C9 - Rangkaian penapis frekuensi rendah.
  3. R1 - Suapbalik (mengawal gandaan).
15 min
Kendalian Litar
  1. Diod D memotong puncak positif isyarat AM.
  2. Rangkaian penapis pie C8R7C9 akan menapis isyarat tersebut dan hanya membenarkan isyarat frekuensi rendah sahaja melaluinya.
  3. Isyarat keluaran tersebut terbahagi kepada 2 talian: i. keluaran pengesan (audio) ii. litar suapbalik (R1).
  4. R1 akan menukarkan isyarat tersebut dalam bentuk denyut AT yang berfungsi mengawal pincang TR1.
  5. Apabila voltan pada R1 terlalu positif akan menyebabkan TR1 tepu, sebaliknya jika voltan kurang positif akan menyebabkan pincang TR1 semakin kehadapan, hasilnya gandaan akan sentiasa tetap. Proses ini dinamakan Kawalan Gandaan Automatik (KGA).
8 min
Latihan
  1. Lukiskan litar pengesan AM.
  2. Nyatakan fungsi KGA.
1