Isi Pelajaran
2 min

Ada berapa siaran didalam radio? 2 iaitu FM dan AM. Tajuk ini akan memberikan pengetahuan bagaimana Radio AM berfungsi.

 
15 min
  Fungsi Blok
  1. Penukar - Menukarkan dari isyarat RF ke isyarat IF.
    1. Penguat RF - Menguatkan Isyarat RF.
    2. Pengayun Tempatan - Mengeluarkan frekuensi seturut dengan frekuensi siaran yang dipilih.
    3. Pencampur - Mencampurkan frekuensi RF dan Pengayun Tempatan bagi mendapatkan satu nilai frekuensi perantaraan (455KHz).
  2. IF - Menguatkan isyarat Frekuensi Perantaraan (IF).
  3. Pengesan AM - Mengesan isyarat Modulatan Amplitud dan mengeluarkan isyarat audio didalamnya.
  4. Penguat Audio - Menguatkan isyarat audio.
 
15 min Kendalian Blok
  1. Antenna ferit akan memintas isyarat AM.
  2. Pengguna akan memilih siaran, proses ini sebenarnya mengubah nilai frekuensi pada peringkat Penguat RF, dalam masa yang sama nilai Pengayun Tempatan juga akan berubah kerana ia bergu.
  3. Penguat RF akan menguatkan siaran yang dipilih.
  4. Pencampur akan mencampur kedua-dua frekuensi (siaran+pengayun tempatan) bagi menghasilkan satu nilai frekuensi tetap (455KHz) yang dinamakan frekuensi perantaraan (IF).
  5. Bahagian IF akan menguatkan isyarat IF tersebut.
  6. Pengesan AM akan mengesan pembawa AM dan mengasingkan isyarat audio didalamnya.
  7. Isyarat audio yang bersih akan dikuatkan sebelum dibekalkan ke pembesar suara.
 
8 min Latihan
  1. Lukiskan gambarajah blok Penerima AM.
  2. Terangkan kendalian blok tersebut.
 
 
 
         

1