Isi Pelajaran    
2 min      
       
15 min Contoh Gegelung

Gegelung Ferrite

  • Gegelung Ferrite Axial kecil.
  • Aruhan 3µH-100mH.
  • Nilai Tolerance +/-15%.
  • Arus 0.5-4A.
  • Rintangan 0.02-0.8Ohm.
  • Insulation Kelas B.

  Gegelung Kuasa
  • Juga dikenali sebagai choke power.
  • Sering digunakan pada litar suis mode iaitu pada keluarannya.
  • DC/DC converter atau inverter.
  • Suppressor EMI.

  Gegelung Pengesan Arus
  • Pengesan Arus 50/60Hz.
  • Mengesan arus dari 5-100 Amps RMS.
  • Mengesan litar yang berlebihan beban

  Gegelung Teras Udara
  • Juga dikenali sebagai gegelung midi spring teras udara.
  • Biasanya mempunyai nilai 22nH-120nH.
  • Mempunyai nilai Q yang tinggi walau pada nilai frekuensi yang rendah.
  • Nilai arus biasanya hingga 3.5A.

  Gegelung Frekuensi Radio
  • Boleh laras.
  • Dibalut dengan plastik untuk mendapatkan tahap mekanikal dan elektrikal yang stabil.
  • Apabila dilakukan penjajaran bermaksud menjajar teras serbuk besi (teras) tersebut.

       
15 min Data Gegelung

Kod yang terdapat pada badan gegelung biasanya mempunyai makna untuk nilai gegelung tersebut. Ianya banyak bergantung kepada pengeluar gegelung tersebut. Ada yang mencatatkan terus dalam bentuk nombor dan tidak kurang pula yang memberikan kod warna.

Oleh kerana mudah bagi pengguna membaca kod nombor maka pada contoh yang berikutnya dinyatakan tentang kod warna. Nilai kod warna adalah sama dengan nilai kod warna perintang. Kaedah membaca kod warna juga sama dengan membaca kod warna perintang. Yang membezakannya hanya susunatur atau turutan nombor pertama, kedua dan pendarab.

 

Contoh gegelung kecil yang biasa terdapat pada bahagian RF. Dua warna pada bahagian kanan (kuning dan unggu) adalah kod nilai. Satu warna pada bahagian kiri (coklat) adalah kod bagi nilai pendarab.

 

Kaedah membaca nilai adalah seperti berikut:

  • Baca dari kiri ke kanan.

    • Kuning, Unggu dan Coklat.

  • Dua dot warna (kuning & Unggu) menunjukkan nilai gegelung tersebut adalah dalam nH.

  • Tukarkan kod warna kepada nombor.

    • Kuning, Unggu dan Coklat.

    •      4    ,     7       &      1   .

    •      4    ,     7       &      0   . (pendarab).

  • Cantumkan nombor tersebut.

    • 470.

    • Masukkan unit.

    • 470nH.

 

Contoh lain:

Kelabu, Merah dan Hitam.

  •       8   ,     2       &     0    .

  •       8   ,     2       &  tiada pendarab.

  •       82nH.

       
8 min Latihan
  1. Nyatakan 3 jenis gegelung.
  2. Nyatakan nilai gegelung yang berwarna Kuning, Unggu dan Merah. 
       
1