Text Box:  Text Box:

Kata- kata Aluan
Pengetua
Sekolah Menengah Sains Labuan

                                                                                                      

 

 

B

 

 

ersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnianya dapat kita menyempurnakan Hari Anugerah Cemerlang kali ke-13, Sekolah Menengah Sains Labuan.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Kejayaan kita mengekalkan pencapaian 100% dalam peperiksaan PMR dan SPM dengan 98% pangkat satu dan 2% pangkat dua patut dibanggakan. Kecemerlangan ini tidak akan dicapai tanpa adanya komitmen daripada semua pihak. Sejajar dengan ini, saya berharap kejayaan ini akan dapat diamalkan dan dibudayakan oleh para pelajar bagi mengharungi cabaran di alaf baru.

 

SMSL merupakan penggerak barisan hadapan dalam membawa perubahan bagi menjana kecemerlangan generasi dalam pelbagai aspek kehidupan baik bercorak duniawi mahupun ukhrawi. Di samping itu, era teknologi maklumat menuntut semua warga khususnya warga sekolah supaya sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu atau maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

 

Tema Hari Anugerah Cemerlang iaitu " Kecemerlangan SBP Pemangkin Kegemilangan Alaf Baru" perlu dihayati sepenuhnya agar kejayaan melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan dapat dicapai . Slogan "Di sini pemimpin dilahirkan" mencerminkan peranan dan tanggungjawab SBP ke arah melahirkan pemimpin yang berkualiti pada alaf baru.

 

Marilah kita sama-sama memohon keberkatan agar HAC berjalan dengan sempurna dan dapat memotivasikan semua warga SMSL supaya terus bersaing dan mencapai kecemerlangan.

 

Sekian , terima kasih.

 

 

 

 

RAZALI BIN MOHD. TAHIR

Pengetua

 

 

1