Kata -kata Aluan
Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
M |
atlamat Kementerian Pendidikan adalah
untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat ini tidak pernah berubah
sejak mula dicanangkan, malah pendekatan dan metodologinya sering diperkemaskan supaya lebih mudah dicapai.
Cabaran utama dalam sistem pendidikan
kita ialah menentukan kualiti pendidikan di semua peringkat terus dapat dipertingkatkan.
Oleh itu, pemikiran-pemikiran yang strategik akan menyebabkan cabaran tersebut
bertukar menjadi peluang iaitu untuk mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan.
Dalam suasana yang semakin mencabar ini, semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
perlu melihat kembali tugas utama atau "
core business " yang perlu dilaksanakan, iaitu mencapai kecemerlangan
dalam semua aspek pendidikan. Warga SBP perlu menjalankan tugas dengan penuh
komitmen dan beriltizam, menggunakan seluruh potensi bagi mencapai kecemerlangan
pendidikan. Kita perlu keluar daripada "
mindset " lama dan melihat perspektif baru dengan objektif dan
pengharapan baru yang sesuai dengan cita-cita mencapai kecemerlangan
pendidikan.
Saya berdoa agar semua SBP dapat terus
berganding bahu dan melangkah sederap dalam mengharungi cabaran-cabaran baru
dalam dunia pendidikan. Semoga Allah s.w.t. akan sentiasa memberkati segala
usaha yang kita lakukan.
Sekian, terima kasih.
DATO'
SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK