Text Box:

Text Box:  Kata - kata Aluan
Pengarah Pendidikan
 Jabatan Pendidikan Sabah

                                                     

 

 

 

 

Assalamu'alaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

B

 

eryukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan Hari Anugerah Cemerlang kali ke- 13, Sekolah Menengah Sains Labuan. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berbicara sepatah dua kata dalam buku cenderamata sempena majlis yang gemilang ini.

 

Tahniah dan syabas kepada Sekolah Menengah Sains Labuan kerana berjaya mengekalkan  kecemerlangan akedemik dengan pencapaian 100% dalam peperiksaan PMR dan  SPM pada tahun 1998. Kejayaan ini menunjukkan bahawa para pelajar dari Sabah adalah setanding dengan pelajar-pelajar dari sekolah yang terkenal dengan kecemerlangannya.

 

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menempuh cabaran di alaf baru yang mana kehadirannya banyak menuntut warga sekolah supaya lebih komited dan bersedia dengan pelbagai ilmu dan kemahiran  terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Cabaran ini saharusnya menjadi pendorong kepada semua warga pendidik maupun pelajar untuk terus memartabatkan bidang pendidikan sejajar denga falsafah dan ilmu supaya bertaraf dunia.

 

Saya yakin semua warga SMSL telah menyiapkan diri dengan mempunyai sikap terbuka dan mandiri. Diharap juga para pelajar dapat mengabungkan segala bentuk ilmu pengetahuan dan kemahairan yang telah dipelajari demi memantapkan dan mengukuhkan rohani, intelek dan jasmani para pelajar. Semoga segala usaha yang dibuat dan perjalanan majlis yang gemilang ini akan diberkati Allah s.w.t.

 

Sekian , terima kasih.

 

 

DATUK SERI PANGLIMA DR. HJ HASBULLAH B. HJ MOHD TAHA

Pengarah Pendidikan Sabah

 

 

1