PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2002
Bagi soalan 1 hingga soalan 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.
1. V, W dan X dalam maklumat di atas adalah jenis-jenis pemadam api.
Antara jenis pemadam api V, W dan X yang manakah sesuai ditempatkan di kilang getah, stesen minyak dan stesen janakuasa?
Kilang getah |
Stesen minyak |
Stesen janakuasa |
A. V |
W |
X |
B. W |
V |
X |
C. X |
W |
V |
D. X |
V |
W |
2. Rajah 1 menunjukkan nyalaan tak berkilau penunu Bunsen. K, L, M dan N menunjukkan kawasan suhu nyalaan itu.
Antara kawasan berikut yang manakah benar tentang kawasan suhu paling tinggi dan suhu paling rendah?
Kawasan suhu paling tinggi |
Kawasan suhu paling rendah |
A. K |
M |
B. L |
N |
C. M |
L |
D. N |
K |
3. Rajah 2 menunjukkan pengelasan tumbuhan.
Antara tumbuhan berikut yang manakah contoh tumbuhan dalam kumpulan M dan N?
M |
N |
A. Spirogira |
Keembung |
B. Rumput |
Jagung |
C. Cendawan |
Padi |
D. Rumput |
Kacang tanah |
4. Rajah 3 menunjukkan peringkat-peringkat organisasi sel dalam manusia.
Antara berikut yang manakah merupakan contoh-contoh bagi peringkat P?
A Perut, platlet, mata, jantung
B Ginjal, ovum, peparu, otak
C Hati, telinga, sperma, pancreas
D Saraf tunjang, uterus, kulit, hidung
Bahan |
Ketumpatan / g cm-3 |
P |
19.2 |
Q |
2.5 |
R |
0.15 |
S |
13.6 |
T |
1.59 |
Jadual 1
5. Jadual 1 menunjukkan ketumpatan lima jenis bahan P, Q, R, S dan T. kelima-lima bahan ini dimasukkan ke dalam silinder dan dibiarkan seketika.
Antara berikut manakah kedudukan yang betul bagi bahan P, Q, R, S dan T?
6. Tayar basikal menjadi kempis selepas beberapa minggu.
Ini kerana molekul-molekul udara dalam tayar basikal
A meresap keluar
B menjadi semakin kecil
C menjadi kurang tumpat
D mempunyai daya tarikan yang lemah antara satu sama lain
7. Rajah 4 menunjukkan pengelasan jirim.
Antara berikut yang manakah contoh bagi X dan Y?
X |
Y |
A. Kuprum |
Natrium klorida |
B. Klorin |
Karbon dioksida |
C. Sulfur |
Natrium |
D. Merkuri |
Udara |
8. Sebiji batu dilambung ke atas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.
Antara kedudukan batu di J, K, L, M dan N berikut, yang manakah mempunyai tenaga keupayaan dan tenaga kinetic maksimum?
Tenaga keupayaan maksimum |
Tenaga kinetic maksimum |
A. L |
N |
B. K |
J |
C. J |
M |
D. N |
K |
(jadual 2)
9. Jadual 2 menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku pada pengubah tenaga.
Antara berikut yang manakah mewakili pengubah tenaga X, Y dan Z?
X |
Y |
Z |
A. Rumput |
Motor ringkas |
Pembakar roti |
B. Kulat |
Dinamo |
Pengering rambut |
C. Rumput |
Dinamo |
Ketuhar mikro |
D. Sel solar |
Motor ringkas |
Mentol |
10. Maklumat di atas menerangkan sifat sejenis gas dalam udara biasa.
Antara berikut yang manakah gas itu?
A Argon
B Oksigen
C Nitrogen
D Karbon dioksida
11. Rajah 6 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji proses pengaratan besi. Selepas seminggu didapati bahagian rod besi di luar kelalang berkarat dan bahagian rod besi di dalam kelalang tidak berkarat.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen itu?
A Pengaratan besi memerlukan air
B Pengaratan besi memerlukan haba
C pengaratan besi memerlukan oksigen
D Pengaratan besi memerlukan cahaya
12. Semasa mengkaji kehadiran kanji dalam daun, seorang pelajar merendam daun itu dalam alcohol yang dipanaskan.
Ini dilakukan untuk
A melarutkan klorofil
B melembutkan daun
C mengeluarkan daun
D membunuh mikroorganisma
13. Rajah 7 menunjukkan tiga bikar, X, Y dan Z, mengandungi isipadu air masing-masing 50 cm3, 100 cm3 dan 30 cm3.
Antara berikut yang manakah menunjukkan susunan kandungan haba dalam air paling banyak ke paling sedikit?
A X, Y, Z
B Z, X, Y
C Y, X, Z
D Z, Y, X
14. Rajah 8 menunjukkan satu litar system penggera kebakaran yang terdiri daripada alat A, B, C dan D.
Antara alat A, B, C dan D, yang manakah akan berfungsi dahulu apabila berlaku kebakaran?
15. Rajah 9 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji kesan haba terhadap cecair P dan cecair Q pada peringkat awal. Selepas lima minit didapati aras cecair Q lebih tinggi daripada aras cecair P.
Ini kerana cecair Q
A meruap lebih cepat daripada cecair P
B mengembang lebih banyak daripada cecair P
C mempunyai takat didih lebih tinggi daripada takat didih cecair P
D mempunyai ketumpatan lebih rendah daripada ketumpatan cecair P
16. Sekumpulan pelajar telah mengkaji tentang jisim sejenis biri-biri yang diternak di kawasan beriklim sederhana, Mediterranean dan tropika. Mereka memperoleh data seperti dalam Jadual 3.
Iklim |
Purata jisim / kg |
Sederhana |
68 |
Mediterranean |
54 |
Tropika |
39 |
JADUAL 3
Apakah perubahan yang mungkin berlaku apabila jenis biri-biri dari kawasan tropika diternak di kawasan sederhana selama 10 tahun?
A Bulu tebal, lemak tebal
B Bulu tebal, lemak nipis
C Lemak tebal, bulu nipis
D Lemak nipis, bulu nipis
Bahagian |
Fungsi |
K |
Mengimbangkan tekanan udara kedua-dua belah gegendang telinga |
L |
Menukarkan getaran bunyi kepada impuls |
M |
Mengawal keseimbangan |
JADUAL 4
17. Jadual 4 menunjukkan bahagian telinga K, L dan M serta fungsi masing-masing.
Antara berikut yang manakah mewakili K, L dan M?
K |
L |
M |
A. Koklea |
Tiub Eustachio |
Osikel |
B. Tiub Eustachio |
Koklea |
Salur separuh bulat |
C. Salur separuh bulat |
Osikel |
Tiub Eustachio |
D. Osikel |
Salur separuh bulat |
Koklea |
18. Antara gerak balas berikut yang manakah menunjukkan gerak balas tropisme?
A Pergerakan cacing tanah menjauhkan diri dari cahaya matahari
B Penggulungan daun lalang pada hari yang panas
C Penguncupan daun semalu apabila disentuh
D Pergerakan hujung pucuk kea rah cahaya
19. Rajah 10 menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis air berasid. Selepas suis dihidupkan beberapa minit didapati gas terkumpul di X dan di Y.
Antara berikut yang manakah benar tentang gas di X dan di Y serta berapakah isipadu gas di X dan gas di Y?
X |
Y |
||
Gas |
Isipadu/ cm3 |
Gas |
Isipadu/ cm3 |
A. Oksigen |
10 |
Hydrogen |
10 |
B. Hidrogen |
20 |
Oksigen |
10 |
C. Oksigen |
10 |
Hidrogen |
20 |
D. Hydrogen |
20 |
Oksigen |
20 |
Sampel air |
Bahan pencemar |
X Y Z |
Bahan kimia Minyak Sebatian bernitrogen
|
JADUAL 5
20. Sekumpulan pelajar telah menjalankan kajian tentang pencemaran air daripada sample air yang diambil berdekatan dengan beberapa kawasan. Jadual 5 menunjukkan sample air X, Y dan Z masing-masing dari kawasan itu yang mengandungi bahan pencemar tertentu.
Antara berikut manakah kawasan yang mungkin bagi sample air X, Y dan Z?
X |
Y |
Z |
A. Kilang B. Pelabuhan C. Sawah padi D. Kilang |
Sawah padi Kilang Kilang Pelabuhan |
Pelabuhan Sawah padi Pelabuahan Sawah padi |
21. Berikut ialah pasangan pelarut bukan air dan kegunaannya. Pasangan yang manakah tidak benar?
Pelarut bukan air |
Kegunaan |
A Aseton B. Eter C. Alkohol D. Petrol |
Menanggalkan varnish kuku Melarutkan iodin Mencairkan syelek Menanggalkan cat |
22. Rajah 11 menunjukkan skala pH dan beberapa bahan dengan nilai pH masing-masing.
Antara berikut yang manakah mewakili X?
A Air laut
B Air kapur
C Jus limau
D Jus perut
Ujian / Makanan |
Pemerhatian |
||
Ujian Iodin |
Ujian Millon |
Ujian Benedict |
|
P |
Perang |
Mendakan merah bata |
Mendakan jingga |
Q |
Biru tua |
Tiada perubahan |
Mendakan jingga |
R |
Biru tua |
Mendakan merah bata |
Larutan biru tua |
Jadual 6
23. Jadual 6 menunjukkan data yang didapati oleh seorang pelajar dalam ujian makanan P,Q dan R.
Antara P, Q dan R yang manakah mengandungi kanji dan gula sahaja?
A P sahaja
B Q sahaja
C P dan R sahaja
D Q dan R sahaja
24. Rajah 12 menunjukkan sebahagian daripada system peredaran darah manusia.
Antara berikut yang manakah benar tentang kandungan oksigen dan arah peredaran darah untuk salur darah J, K, L dan M?
Kandungan oksigen |
Arah peredaran darah |
||
Tinggi |
Rendah |
Masuk ke jantung |
Keluar dari jantung |
A. K |
J |
M |
L |
B. M |
L |
J |
K |
C. L |
K |
M |
J |
D. M |
K |
J |
L |
25. Antara pasangan perderma darah dan penerima darah berikut, yang manakah akan menyebabkan penerima mengalami penggumpalan darah?
Penderma |
Penerima |
A. A B. B C. B D. O
|
AB B O A |
26. Rajah 13 menunjukkan model mekanisme pernafasan bagi manusia.
Antara berikut yang manakah menyebabkan belon mengembang?
A Tenaga kinetic zarah udara di dalam balang bertambah
B Ketumpatan udara di dalam balang bertambah
C Tekanan udara di dalam balang berkurang
D Isipadu udara di dalam balang berkurang
27. Rajah 14 menunjukkan interaksi antara komponen-komponen dalam suatu ekosistem.
Antara berikut yang manakah benar tentang jenis organisma P dan Q, serta proses pengubahan yang dilakukan oleh P dan Q?
Jenis organisma |
Proses pengubahan yang dilakukan |
||
P |
Q |
P |
Q |
A. Pengurai |
Pengeluar |
Bahan ringkas ke bahan kompleks |
Bahan kompleks ke bahan ringkas |
B. Pengeluar |
Pengurai |
Bahan ringkas ke bahan kompleks |
Bahan kompleks ke bahan ringkas |
C. Pengeluar |
Pengurai |
Bahan kompleks ke bahan ringkas |
Bahan ringkas ke bahan kompleks |
D. Pengurai |
Pengeluar |
Bahan kompleks ke bahan ringkas |
Bahan ringkas ke bahan kompleks |
28. Rajah 15 menunjukkan satu siratan makanan dalam sebuah sawah padi.
Antara pyramid nombor berikut yang manakah menggambarkan siratan makanan di sawah padi itu?
A. B.
C. D.
29. Rajah 16 menunjukkan interaksi dalam satu ekosistem.
Antara pasangan organisma dan interaksi berikut, yang manakah digambarkan oleh Rajah 16?
|
Organisma |
Interaksi |
A |
Ikan gapi dengan larva nyamuk |
Simbiosis |
B |
Burung hantu dengan katak |
Pemangsa dan mangsa |
C |
Cacing pita dalam usus manusia |
Persaingan |
D |
Bakteria pada nodul kekacang |
Parasitisme |
30. Rajah 17 menunjukkan sebatang rod ringan PQ yang tergantung di Q.
Berapakah daya untuk mengimbangkan rod itu?
A 70 N
B 105 N
C 140 N
D 315 N
31. Seorang pelajar berjisim 60 kg berjalan sambil membawa beban berjisim 12 kg dalam masa 15 saat sejauh 40 m.
Berapakah kuasa yang dihasilkan oleh budak itu?
A 1600 W
B 1920 W
C 2400 W
D 2700 W
32. Sebuah bas dua tingkat membawa 50 penumpang yang sama saiz.
Antara berikut yang manakah kedudukan penumpang yang menyebabkan bas berada dalam keadaan paling stabil?
|
Bilangan penumpang tingkat atas |
Bilangan penumpang tingkat bawah |
A B C D |
40 25 20 10 |
10 25 30 40 |
33. Rajah 18 menunjukkan satu proses yang berlaku di dalam system pembiakan seorang perempuan.
Antara bahagian-bahagian berikut di manakah biasanya berlaku prose situ?
A Faraj
B Uterus
C Ovari
D Tiub Fallopio
34. Rajah 19 menunjukkan keratin memanjang sekuntum bunga.
Antara pasangan nama bahagian P dan fungsinya berikut yang manakah betul?
|
P |
Fungsi |
A B C D |
Stigma Anter Ovari Pistil |
Menerima butir debunga Menghasilkan butir debunga Menghasilkan ovul Organ pembiakan bunga betina |
35. Rajah 20 menunjukkan kitar hidup bagi pokok durian. P, Q, R dan S ialah proses yang berlaku dalam kitar hidup tumbuhan itu.
Antara berikut yang manakah mewakili proses P, Q, R dan S?
|
P |
Q |
R |
S |
A B C D |
Persenyawaan Pendebugaan Persenyawaan Pendebugaan |
Percambahan Percambahan Pendebugaan Persenyawaan
|
Pencaran Pencaran Percambahan Pencaran |
Pendebugaan Persenyawaan Pencaran Percambahan
|
36. Rajah 21 menunjukkan proses pembentukan batuan X, Y dan Z. Antara berikut apakah X, Y, dan Z?
|
X |
Y |
Z |
A B C D |
Metamorfik Igneus Igneus Enapan |
Enapan Metamorfik Enapan Metamorfik |
Igneus Enapan Metamorfik Igneus |
37. Rajah 22 menunjukkan susunan radas untuk membandingkan sifat keliangan tiga sample tanah masing-masing dalam silinder penyukat P, Q dan R. 50 cm3 air masing-masing dituang secara serentak ke dalam ketiga-tiga sample tanah itu.
Berapakah isipadu air yang mungkin terkumpul di P, Q dan R selepas 15 minit?
|
P/cm3 |
Q/cm3 |
R/cm3 |
A B C D |
50 30 5 30 |
30 5 30 50 |
5 50 50 5 |
38. Rajah 23 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk menentukan peratusan air dalam satu sample tanah.
Keputusan adalah seperti berikut:
Jisim mangkuk pijar kosong = 80 g
Jisim mangkuk pijar + tanah sebelum dipanaskan = 120 g
Jisim mangkuk pijar + tanah selepas dipanaskan = 110 g
Peratusan kandungan air dalam sampel tanah itu ialah
A 12.5 %
B 25.0 %
C 33.3 %
D 36.4 %
39. Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindakan kapilari tanah X, Y dan Z. Setiap tiub kaca yang mengandungi sample tanah itu direndamkan dalam bekas yang mengandungi air dan dibiarkan selama satu hari. Kenaikan air dalam setiap tiub kaca ditunjukkan pada Rajah 24.
Antara berikut yang manakah benar tentang tindakan kapilari dan sifat keliangan tanah X, Y dan Z?
Tindakan kapilari |
Sifat keliangan |
||||
X |
Y |
Z |
X |
Y |
Z |
A. Tinggi |
Sederhana |
Rendah |
Rendah |
Sederhana |
Tinggi |
B. Rendah |
Sederhana |
Tinggi |
Tinggi |
Sederhana |
Rendah |
C. Tinggi |
Sederhana |
Rendah |
Tinggi |
Sederhana |
Rendah |
D. Rendah |
Sederhana |
Tinggi |
Rendah |
Sederhana |
Tinggi |
40. Rajah 25 menunjukkan sebuah elektroskop bercas negative. Sebatang pembaris plastic bercas negative didekatkan kepada ceper elektroskop tersebut.
Antara berikut yang manakah benar tentang kerajang emas di elektroskop itu?
A Pencapahan berkurang
B Mencapah lebih banyak
C Pencapahan tidak berubah
D Mencapah dan merapat semula
41. Ammeter A1, A2 dan A3 dalam Rajah 26, masing-masing memberi bacaan X, Y dan Z apabila suis dihidupkan.
Antara berikut yang manakah benar tentang hubungan antara nilai X, Y dan Z?
A Y – X = Z
B X + Y = Z
C Y + Z = X
D Y – Z = X
42. Rajah 27 menunjukkan satu litar elektrik dengan mentol J, K, L, M dan And yang serupa. Mentol yang manakah terus menyala apabila mentol M rosak?
A L dan And sahaja
B J dan K sahaja
C J, K dan L sahaja
D J, K, L dan And
43. Rajah 28 menunjukkan kedudukan tiga magnet cincin yang serupa bila dimasukkan ke tiang kayu.
Antara berikut yang manakah mungkin bagi kutub P, Q dan R pada magnet itu?
|
P |
Q |
R |
A B C D |
Utara Selatan Selatan Utara |
Utara Selatan Utara Utara |
Utara Selatan Utara Selatan |
44. Rajah 29 menunjukkan satu eksperimen tertentu. Mikroammeter itu didapati menunjukkan bacaan.
Apakah kesimpulan yang diperoleh daripada eksperimen itu?
A Pili gas adalah dibumukan
B Mikroammeter adalah peka
C Penjana Van de Graaff hanya menarik cas dari bumi
D Arus elektrik adalah disebabkan oleh pengaliran electron
45. Antara transformer W, X, Y dan Z berikut yang manakah memberi voltan output paling besar, jika voltan input yang digunakan adalah sama?
Transformer |
Bilangan lilitan |
|
Gelung primer |
Gelung sekundar |
|
A. W |
2 |
4 |
B. X |
4 |
10 |
C. Y |
6 |
12 |
D. Z |
16 |
24 |
46. Berapa lamakah tempoh Bulan bagi Bumi mengelilingi Matahari?
A 2 minggu
B 1 bulan
C 6 bulan
D 1 tahun
47. Rajah 30 menunjukkan fenomena gerhana matahari.
Apakah yang dilihat oleh seorang pemerhati yang berada di X?
48. Rajah 31 menunjukkan kedudukan Bulan yang mengorbit Bumi.
Antara berikut yang manakah benar tentang fasa bulan di kedudukan P, Q, R dan S?
|
P |
Q |
R |
S |
A B C D |
Bulan separuh Bulan separuh Bulan sabit Bulan sabit |
Rembulan Muda Rembulan purnama Rembulan purnama Bulan separuh |
Bulan sabit Bulan sabit Bulan separuh Rembulan muda |
Rembulan purnama Rembulan muda Rembulan muda Rembulan purnama |
49. Rajah 32 menunjukkan laluan ketulan batuan K apabila jatuh dari angkasa lepas ke Bumi. L dan M adalah ketulan batuan K apabila memasuki atmosfera dan sampai ke Bumi.
Antara berikut apakah K, L dan M?
|
K |
L |
M |
A B C D |
Meteor Meteorit Meteorit Meteoroid |
Meteorit Meteoroid Meteor Meteor |
Meteoroid Meteor Meteoroid Meteorit |
50. Antara fenomena yang berlaku di Matahari yang manakah pembentukannya seperti maklumat di atas?
A Korona
B Prominen
C Nyala suria
D Tompok matahari
Bagi soalan 51 hingga soalan 75, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C dan D seperti berikut:
A jika semua I, II dan III betul
B jika I dan II sahaja betul
C jika II dan III sahaja betul
D jika I sahaja betul
Ringkasan Arahan |
|||
A I, II dan III |
B I dan II sahaja |
C II dan III sahaja |
D I sahaja |
51. Antara berikut manakah yang membolehkan kita meramal isi kandungan bagi eksperimen kotak hitam?
I menggoncangkan
II Menganggarkan jisim objek
III Melihat menerusi cahaya yang terang
52. Rajah 33 menunjukkan pengelasan 14 ekor haiwan.
Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang pengelasan haiwan dalam Rajah 33?
I Semua haiwan yang tidak berkaki tidak mempunyai kepak
II Semua haiwan yang bercangkerang tidak mempunyai kepak
III Semua haiwan yang tidak berkaki mempunyai cangkerang
53. Antara pernyataan berikut yang manakah meletakkan manusia pada kedudukan yang istimewa berbanding dengan benda-benda hidup yang lain?
I Mempunyai akal dan berfikir secara rasional
II Boleh berkomunikasi antara satu sama lain
III Menyusu, menjaga dan mengajar anaknya
54. Antara berikut yang manakah merupakan molekul berdasarkan kekunci di atas?
55. Antara berikut yang manakah menerangkan prinsip keabadian tenaga?
I Tenaga boleh berubah bentuk
II Tenaga tidak boleh dimusnah
III Tenaga tidak boleh dicipta
56. Sebuah tin berisi sedikit air dididihkan dan kemudian tin itu ditutup rapat. Apabila sejuk, tin itu menjadi kemik.
Ini kerana
I stim terkondensasi menjadi air
II tekanan udara dalam tin berkurangan
III isipadu udara di dalam tin bertambah
57. Seorang pelajar ingin menguji hipotesis bahawa udara hembusan mengandungi lebih banyak gas karbon dioksida daripada udara biasa. Beliau bermula dengan menyediakan susunan radas seperti dalam Rajah 34.
Antara berikut yang manakah langkah yang betul untuk menguji hipotesis itu?
I Menggantikan air suling dalam kedua-dua tabung uji dengan air kapur
II Menutup klip P dan membuka klip Q semasa menarik nafas
III Membuka klip P dan menutup klip Q semasa menghembus nafas
58. Antara berikut yang manakah menggunakan sifat bunyi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 35?
I Mengesan kumpulan ikan di lautan
II Menentukan kedalaman lautan
III Berucap di dewan besar
59. Antara berikut yang manakah benar tentang penglihatan monocular?
I Mempunyai medan penglihatan yang luas
II Tidak dapat menganggar jarak dengan tepat
III Terdapat pada seekor rusa
(Rajah 36)
60. Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang haiwan yang mempunyai medan penglihatan seperti ditunjukkan pada Rajah 36?
I Dapat menganggarkan jarak dengan tepat
II Mempunyai penglihatan stereokospik
III Sejenis pemangsa
61. Antara padanan cara air dibersihkan dengan tujuannya berikut, yang manakah betul?
|
Cara air dibersihkan |
Tujuan |
I II III |
Penurasan Penggumpalan Pendidihan |
Mendapatkan air tulen Mengenapkan zarah bendasing Membunuh mikroorganisma dalam air |
62. Rajah 37 menunjukkan susunan gigi manusia.
Antara berikut yang manakah benar tentang gigi X?
I Terdapat pada gigi kekal
II Berfungsi untuk memecah makanan
III Terdapat pada gigi susu
(Rajah 38)
63. Pokok keembung yang telah dipotong sistem akarnya dimasukkan ke dalam bikar yang berisi larutan dakwat merah seperti ditunjukkan dalam Rajah 38. Selepas 12 jam keratan rentas batang pokok itu diperhatikan di bawah mikroskop.
Antara bahagian yang berlabel R, S dan T, yang manakah akan kelihatan berwarna merah?
I R
II S
III T
64. Maklumat di atas menunjukkan rantai makanan yang terdapat dalam satu habitat.
Antara berikut yang manakah mungkin berlaku apabila populasi ular bertambah?
I Populasi tupai bertambah
II Populasi helang berambah
III Buah-buahan bertambah
65. Antara faktor berikut yang manakah mempengaruhi populasi organisma?
I Keadaan persekitaran
II Bilangan pemangsa
III Kadar pembiakan
66. Rajah 39 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji factor alam sekitar yang mempengaruhi benda hidup. Pada awal eksperimen bilangan kutu kayu yang sama banyak diletakkan dalam ruangan P, Q dan R.
Selepas lapan jam, mengapakah diperhatikan lebih banyak kutu kayu berkumpul di ruangan P?
I Kawasan P lebih gelap
II Suhu kawasan P lebih rendah
III Udara kawasan P lebih lembap
67. Rajah 40 menunjukkan sistem tuas.
Berapakah nilai X dan Y yang membolehkan tuas itu berada dalam keadaan seimbang.
X/cm Y/cm
I 60 3
II 80 4
III 90 6
68. Antara berikut yang manakah menggunakan prinsip kestabilan berdasarkan keluasan tapak?
I Basikal kanak-kanak menggunakan tayar tambahan
II Kereta lumba menggunakan tayar yang lebih lebar
III Orang tua berjalan dengan menggunakan tongkat
69. Antara berikut yang manakah kebaikan susu ibu?
I Mengandungi antibody
II Nutrien seimbang
III Berada pada suhu badan
70. Antara berikut yang manakah cirri bunga yang membantu pendebugaan oleh lebah?
I Stil yang pendek
II Filamen yang pendek
III Mempunyai nektar
71. Antara berikut cara manakah digunakan untuk mencegah kehamilan?
I Penggunaan diafragma
II Penggunaan spermisid
III Pembedahan vasektomi
72. Antara berikut yang manakah menyebabkan jalur politena menjadi bercas negative apabila digosokkan dengan kain wul?
I Cas negatif daripada kain wul berpindah ke jalur politena
II Kain wul mempunyai bilangan cas negatif yang lebih daripada cas positif
III Jalur politena mempunyai bilangan cas negative kurang daripada cas positif
73. Seorang juruelektrik sedang membaiki kerosakan pendawaian pada tiang elektrik.
Antara langkah-langkah keselamatan berikut, yang manakah sepatutnya diamalkan oleh juruelektrik itu?
I Menggunakan tangga kayu
II memakai kasut getah
III Memakai sarung tangan kering
74. Tempoh Utarid megelilingi Matahari adalah yang terpendek berbanding dengan tempoh planet-planet lain.
Ini disebabkan Utarid
I terletak paling dekat dengan Matahari
II berputar paling cepat pada paksinya
III mempunyai diameter yang kecil
75. Antara berikut yang manakah menerangkan planet Zuhal?
I Planet yang dikelilingi oleh banyak gegelang
II Planet kedua terbesar
III Dikenali sebagai planet merah
*** End of Question ***