KOD 013: KAPAL PERANG

Ubah kod mengikut kesesuaian.

"...Tuan, kami telah mengesan armada musuh di bawah kawalan Admiral Komputer, tetapi kami masih belum dapat melihatnya. Kami usulkan tuan memberikan arahan tembak tembak secara rawak ke kawasan mereka dan kita dengar kesan tembakan...

...Sumber kita mendapati kekuatan musuh adalah setara dengan kekuatan armada kita, dan mungkin mereka akan menggunakan taktik yang sama dengan kita. Dalam peperangan ini, kita akan menembak mengikut giliran dan kerosakan akan dilaporkan secara terus...

...Tuan mempunyai kuasa untuk mengarahkan armada menembak dengan meriam. Pilih target tuan dengan mengetik gerid kiri di atas. Gerid kanan menunjukkan status armada kita. Maklumat kekuatan musuh akan dihantar secara terus dalam bar status...

...Kami percaya peperangan tidak akan selesai selagi ada kapal yang masih berfungsi. Penembak kita menunggu arahan dari tuan..."