Nama saya ialah
Ismail Hasan Batubara berasal dari Medan, Indonesia, tapi sekarang sudah menjadi orang Perlis. Dari
Ibtidaiyah dan (Sek Rendah) hingga Al-Qismu'ali dan SMA
(Menengah Atas belajar di Medan kemudian melanjutkan
pelajaran ke Tripoli Libya dalam jurusan
Islamic Study and Arabic Language (Pengajian Islam dan
Bahasa Arab). Tamat tahun 1985. Setelah memperolehi
Degree bekerja sebagai pegawai penyelaras Imam-imam dan
Guru-guru Agama di Gemeischaft Ruf Des Islam, di Bonn Jerman
Barat hingga tahun 1986. Kemudian berpindah ke Malaysia sebagai guru Agama dan Bahasa Arab di Sekolah
Menengah Agama Al-Islahiyah di Perlis atas sponsor Islamic Call Society yang berpusat
di Libya sehingga tahun 1989. Atas permintaan Tan Sri Dr Abd. Hamid Pawanteh (Menteri Besar Perlis ketika itu) supaya mengajar di Al-madrasah
Al-Alawiyah Ad-diniyah (ALMAAD) iaitu sebuah Sekolah
Menengah Agama ynag didirikan oleh kerajaan Negeri Perlis
melalaui Yayasan Islam Perlis saya meletak jawatan/memutuskan hubungan
dengan Islamic Call Society dan mengajar di sekolah
tersebut dan gaji dibayar oleh Yayasan Islam Perlis.
Pada Tahun 1994 saya dipindahkan ke Ma'ahad Tahfiz
Al-Quran Wal-qiraat. Pada tahun 1996 dilantik sebagai
Pegawai Da'wah di Pejabat Yayasan Islam Perlis shingga
november 1997. Dan dari Disember 1997 hingga julai 2002 saya ditugaskan sebagai Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis Semenjak Ogos 2002 hingga sekarang sebagai Mudir (Pengetua) di Institut Menghafal Al-Quran dan Ilmu Qiraat Negeri Perlis. Disamping kesibukan tugas harian ini saya juga sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master dalam jurusan Information Technology di UUM secara part time. Hobi saya ialah mengikuti perkembangan Informasi Teknologi
Maklumat dan Berkenalan untuk
memperbanyakkan lagi teman dan kawan terutama yang sama
hobi dengan saya, supaya dapat saling bertukar maklumat
dan pengalaman. Sebagai seorang yang berkelulusan dalam
bidang agama yang memiliki sedikit pengetahuan
mengenainya, saya bersedia membantu saudara-saudari
khusunya muda-mudi yang selalunya tiada kesempatan untuk
menghadiri kelas-kelas agama di Masjid-Masjid atau disebabkan oleh kesibukan dengan pelajaran
di luar negara dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan masaalah agama yang memerlukan penjelasan. Disini
bukanlah saya nak berlagak pandai atau alim, tetapi
kerana ingin memberikan khidmat kepada yang memerlukan
serta rasa tanggung jawab sebagai seorang muslim.
Lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman yang selama ini,
dimana banyak teman-teman yang berasal dari Nusantara
yang sedang belajar di luar negara menggunakan Email saya
untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan hal
agama. Oleh sebab itulah saya berusaha mempelajari cara
membuat HOME PAGE dan al-hamdulillah dengan
merangkak-rangkak berhasil juga saya menghasilkan HOME
PAGE yang sangat sederhana ini. Buat langkah pertama saya
menumpang di geocities. Jika
diizinkan Allah saya bercadang untuk menyewa server
samada di TmNet. atau di Jaring. Tetapi
sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa saya baru saja
belajar membuat HOME PAGE, jadi masih banyak yang
perlu saya pelajari. Buat langkah permulaan dengan rasa
ikhlas saya masih bersedia menjawab E-Mail anda. Jika
Anda malu bertanya secara bersemuka, kenapa tak bertanya
melalui |