Assalamualaikum saudara/i delitha. saya telah pun melawat laman web sdr/i dan apa yg ingin saya nyatakan di sini ialah saya menyokong usaha sdr/i dalam membina laman web ini. Teruskan usaha sdr/i ini. Moga Allah memberkati usaha sdr/i . Mungkin sdr/i akan menerima email2 yg berupa ugutan, caci makin, carutan yg melampau, tapi usah sdr/i takut kerana ingatlah, kita dilindungi olehNya. Diorang ni takut kerana dapati yang semakin lama makin ramai rakyat malaysia tahu akan tembelang depa ni. Sediakan lebih banyak lagi artikel yang membongkar kejahatan mereka (puak Pas dan Adil). Dan moga kita boleh bertukar pendapat di kemudian hari? sekian dulu, wassalam.
|
Wa alaikumsalam sdra/i Anti Hipokrit |
Terima kasih atas sokongan anda. Sebenarnya tujuan saya membina laman web itu untuk menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Bagi mereka yang berfikiran waras pasti akan mengetahui bahawa kebenaran telah pun ditunjukkan cuma mereka-mereka yang taksub sahaja yang tidak mahu mengerti dan mereka ini lebih cenderung untuk mendapat maklumat dari kaum mereka, walaupun nyata mereka telah dibohongi. Saya mengalu-alukan juga sumbangan dari orang yang pro kerana inilah sahaja jalan yang boleh membuka minda mereka. Sebenarnya pintu hati mereka telah tertutup untuk melihat kebaikan dan hanya nampak atau mereka-reka cerita yang berbentuk fitnah dan maki hamun. Namun, saya bersyukur bahawa masih ada orang yang masih nampak kebenaran seperti saudara/i. Semoga akan ada sumbangan (saya tak kira, samada cacian atau pun dorongan) kerana dari situ kita boleh menilai tinggi atau rendahnya martabat seseorang itu. Sekian, wassalam. |
|
|